Ujian & Hadiah

.
Lain orang lain cabaran dan ujian. Ramai orang datang share & minta pendapat berkaitan isu masing2. Kadang terasa segan nak bagi pendapat.

Kita sama-sama sedang bina kehidupan. Ambo pun selok jugak kadang2..

Sedikit tips untuk bangkit:

1) Hadirkan Syukur.
Masih hidup hari ni, Kita ada apa yg kita ada hari ni.. Tak perlu bandingkan apa yg kita ada dengan orang lain. Bandingkan diri kita sekarang dengan diri kita sebelum ni, pasti ada peningkatan.

2) Bacalah dengan Nama Tuhanmu..
Ingat Allah yang susun semua ni. Dengan izin Allah semua ni berlaku. Lihat setiap ujian yang kita lalui & relatekan dengan Allah..

“Tanya pada diri, Apa yang Allah sedang ajarkan aku”

3) Improve..
Lihat dimana kekurangan & upgrade.
First skali, Upgrade “Engagement” dengan Allah. Dari aspek QSI..

Q – Quran (Baca, Dengar, Fahamkan)

S – Solat (Ontime, Cari Khusyuk)

I – Infaq (Ada duit, sedekah.. Kalau takde buat kebaikan lain yg Allah suka. Betulkan niat)

Kedua,
Upgrade mana kekurangan kita.
Kita ni hamba, Tak Perfect & tak lepas dari buat silap. Mintak doa supaya Allah bantu baiki..

Last skali..
Plan balik. Susun yang mana patut buat dulu.
Kalau perlu, amik pen & kertas tulis balik apa belenggu yang ada. Supaya boleh tengok secara “Big Picture”

Tu dulu.. nanti ade rezeki share lagi.. harap ada manfaat..

Pesan Guru:

“MAKIN BESAR UJIAN, MAKIN BESAR HADIAH DARI ALLAH..
&
MAKIN BESAR HADIAH DAPAT, BESAR JUGA UJIAN SELEPAS TU..”