Ramai orang google dan nak tahu tips untuk improve kemahiran mendengar harini. Jadi, kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat untuk improve kemahiran mendengar.

Kita tengok keadaan sekarang, banyak masalah berlaku kerana kurang kurangnya kemahiran mendengar ni. Ada yang bermasam muka, ada yang salah faham dan tafsiran, ada yang sibuk dia je nak cakap dan bagi respon. Lagi la sekarang teknologi semakin canggih, semua orang ada smartphone. Fokus makin hilang kerana terlalu banyak masa dihabiskan mengadap phone. Kadang bila sembang dengan orang lain pun masih tengok henset lagi.. Lagi kesian, orang yang bercakap dengan kita tu anak dan isteri.

Kesannya, hubungan makin jauh. Orang jadi kurang berminat untuk cakap dengan kita. Keluarga jadi semakin renggang, anak cari orang lain untuk bercakap. Kalau berniaga, mungkin customer dah tak datang kedai kita, sebab rasa layanan kita tak bagus.

Ramai orang fokus pada cara improve komunikasi dengan cara improve cara bercakap dengan baik. Kali ni kita fokus pada cara improve kemahiran mendengar pulak. Tips ini dikongsikan dari guru saya, Coach Jamil.

Tipsnya berpandukan konsep M.A.D.U. Ya, Madu.. Bukan madu yang makan tu, dan bukan juga bermadu atau mencari madu.. hehe..

M – Memandang Wajah

Tips pertama untuk improve kemahiran mendengar ini adalah dengan memandang wajah orang yang bercakap dengan kita. Kenapa pandang wajah, bukan memandang mata? Ada orang dia segan bila kita tengok matanya. Jadi nak mudah, tengok je bahagian dahi atau tengah-tengah antara mata kiri dan kanan.

Improve Kemahiran Mendengar

Bila praktiskan M ni, orang akan rasa macam kita fokus dengar apa yang diceritakan..

Faham setakat ni??.. Tarik nafas dulu..

A – Anggukkan Kepala Untuk Improve Kemahiran Mendengar

Seterusnya, untuk improve kemahiran mendengar adalah dengan anggukkan kepala. Anggukan kepala secara minima sebagai signal kita sedang mendengar dan faham apa yang dikongsikan. Kita dah biasa buat ni sebenarnya, dan akan jadi secara naturally. Asalkan jangan terlebih-lebih sehinggakan orang tak selesa nak cakap dengan kita.

Orait?? Next..

D – Dorongan Minima

Pernah dengar dorongan minima? Biasanya dalam kaunseling ada disebutkan. Dorongan minima ni adalah cara kita respon dengan orang yang sedang cakap dengan kita. Macam mana tu dorongan minima? Macam mana nak buat?

Senang je sebenarnya.. Dorongan minima ni sekadar sebut atau bunyikan sesuatu tanda support. Contoh, Hurm, Okey, wah, bagus tu, bagus-bagus, aha, dahsyattt, dan lain-lain lagi la.. Dah biasa buat kan? Cuma tak perasan je menda ni boleh bantu orang jadi lebih syok nak berkongsi dengan kita.

Okey?.. Wah.. Bagus-bagus.. (dorongan minima la ni)

Last skali dalam nak improve kemahiran mendengar ni adalah..

U – Ulang Perkataan

Last skali tipsnya adalah dengna ulang perkataan.

Haa, tau tak macam mana nak ulang perkataan nih? Ulang semua perkataan yang orang sebut ke?

Bukan macam tu. Tak perlu pun ulang semua perkataan yang orang sebut pun.

Untuk ulang perkataan ni, cuma ulang perkataan yang penting-penting je. Lagi sekali sebagai tanda kita mendengar, Contohnya: individu A & B, A sebagai pendengar, B orang yang berkongsi.

Contoh 1:

A : Awak asal mana?

B : Saya asal Kota Bharu, Kelantan.

A : Ooo.. Kota bharu.. (lepastu sambung dengan soalan lain)

Nampak tak macam mana ulang perkataannya. Ulang yang penting-penting je, tak perlu ulang semua. Kalau ulang semua nampak sangar macam perli atau ajuk dia cakap.

Okay sahabat-sahabat semua. Harap bermanfaat.

Terus tingkatkan Kualiti Diri untuk lebih bermanfaat.

InsyaAllah..

“Help Others, Make It Easier”

by Najib Ibrahim, 24 October 2019